Friday, June 27, 2014

** TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI PENSYARAH2 DAN KAWAN2 UPM***


Pejam celik, pejam celik dah 4 tahun kat UPM... pelbagai suka duka sudah ditempuhi... Hari ini along ingin ucapkan berbanyak2 terima kasih untuk ROOMATE dan KAWAN2 dan semua yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak lansung sepanjang 4 tahun kita belajar sama2 ni . maaf jika ada salah dan silap. untuk semua PENSYARAH, terima kasih kerana mengajar kami dengan sabar.. buat bonda DR RUMAYA JUHARI, terima kasih krn sabar dengan kami ber6.. akhirnya siap jugak FYP kami... hehe  halalkan semua ilmu yang diajar kepada kami. sayang kamu semua... SAYONARA... sampai berjumpa lagi... semoga murah rezeki semua... nak kawin jangan lupa jemput ya...  















Friday, April 5, 2013

SEMBANG PETANG

Assalamualaikum..... dah lama x update blog... hehe hampir setahun dah x aktif kat blog nie..  dalam masa setahun nie banyak perkara yang berlaku... yang menjadikan Along seorang yang terbalik dari personaliti yang dulu... tapi Alhamdulillah berkat doa semua Along da semakin sihat dan dah boleh aktif macam dulu balik... Syukur kepada Allah... sebenarnya ujian Yang Allah bagi kita banyak membuka mata kita untuk lebih mengenali diri kita sendiri.. Kalau hendak dihitung, rasa x ternilai rahmat yang Allah berikan kepada kita. bnyak suka dan duka yg terdapat dalam kehidupan kita. Walauapapun yang berlaku itu banyak mematang kita sebagai seorang hamba Allah.

Isu semasa, parlimen sudah dibubarkan, pilihanraya semakin hampir dan wajib bagi kita sebagai Orang islam untuk memilih pemimpin yang adil, so kita seharusnya bijak dalam membuat pemilihan. pilih yang mana terbaik untuk dunia dan akhirat kita kelak. dengan dunia yang serba moden hari ini,. sangat susah untuk kita membuat pemilihan, bila yang tidak betul dipandang betul, dan yang betul dipandang sebagai tidak betul. dalam apa jua keadaan sekalipun, untuk dunia hari ini kita kena berhati-hati. Berhati-hari dalam berkawan, berhati-hati dalam membuat keputusan, dan banyak lagi. tidak semestinya orang yang rapat dengan kita boleh dipercayai. kadang-kadang kawan pon makan kawan, ayah makan anak, abang makan adik... itu sudah biasa berlaku dalam dunia kita hari ini. jika difikir-fikir balik, terlalu besar gejala yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ni. sangat menakutkan..

panjang pulak along fikir petang nie.. hehe.. apa-apa pon, sebagai seorang yang diberikan akal dan kebijaksaan untuk berfikir.. sama-samalah kita renungkan apa yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini. semoga apa yg ditulis memberi sedikit kesan kepada sang pembaca. dan untuk membuat sesuatu pemilihan, Allah sudah berikan kita cara untuk mencari petunjukNya... buatlah istikarah... InsyaAllah kita akan mendapat petunjuk yang terbaik.


                                                                                                                                   

Wednesday, October 5, 2011

*** Ya Allah, jadikan ketabahan itu milikku... ***

Ya Allah, aku tahu setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,Setiap kedukaan pasti akan disusuli dengan kegembiraan suatu hari nanti, setiap ujian yang Kau berikan pasti mempunyai sebabnya. Mungkin ujian yang kau berikan aku pada saat ini akan menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang. Ya Allah, berikan aku ketabahan dan kekuatan untuk aku tempuhi ujianmu ini... jadikan aku seorang yang kuat, dan hindarkanlah diriku daripada sifat dendam dan busuk hati, dan jauhkan aku daripada perkara-perkara yang Kau murkai... amin ya rabbal alaminn.....

Saturday, July 9, 2011

*** KaItAn PeRtAmA AlOnG***



x berapa kemas sangat... hope dapat buat yang lebih baik lepas nie..... :)

Tuesday, May 24, 2011

**MeNgAiT***

Hari ini aku start blaja mengait... sesuatu yang aku rasa best untuk blaja... hehe... sebelum habis final hari 2 lagi dah terniat dihati nak blaja mengait. macam best jer kalau pandai mengait. macam2 benda boleh buat. aku harap nnt aku pandai buat skaf, stokin, topi, kotak pensil n macam2 lagi... petang tadi aku keluar pegi beli alatan untuk mengait, benang n jarum mengait... balik2 terus suruh mak ajar. dah pandaila basic sikit.. esok nak sambung lagi... semoga aku akan lebih pandai lepas nie... dapat buat benda cantik2 adalah satu perkara yang boleh buat hatiku puas,senang dan bahagia... ('_')v

Monday, May 16, 2011

***pArIt rAjA***

4 HARI KAT PARIT RAJA BANYAK MENINGGALKAN KENANGAN...
Terima Kasih untuk Mak n Abah atas perhatian dan layanan yang diberikan...
Semoga ikatan ini akan berkekalan selamanya... INSYAALLAH....




Terima kasih juga untuk inaz n adik...
sayang kamoo.....:)