Friday, April 5, 2013

SEMBANG PETANG

Assalamualaikum..... dah lama x update blog... hehe hampir setahun dah x aktif kat blog nie..  dalam masa setahun nie banyak perkara yang berlaku... yang menjadikan Along seorang yang terbalik dari personaliti yang dulu... tapi Alhamdulillah berkat doa semua Along da semakin sihat dan dah boleh aktif macam dulu balik... Syukur kepada Allah... sebenarnya ujian Yang Allah bagi kita banyak membuka mata kita untuk lebih mengenali diri kita sendiri.. Kalau hendak dihitung, rasa x ternilai rahmat yang Allah berikan kepada kita. bnyak suka dan duka yg terdapat dalam kehidupan kita. Walauapapun yang berlaku itu banyak mematang kita sebagai seorang hamba Allah.

Isu semasa, parlimen sudah dibubarkan, pilihanraya semakin hampir dan wajib bagi kita sebagai Orang islam untuk memilih pemimpin yang adil, so kita seharusnya bijak dalam membuat pemilihan. pilih yang mana terbaik untuk dunia dan akhirat kita kelak. dengan dunia yang serba moden hari ini,. sangat susah untuk kita membuat pemilihan, bila yang tidak betul dipandang betul, dan yang betul dipandang sebagai tidak betul. dalam apa jua keadaan sekalipun, untuk dunia hari ini kita kena berhati-hati. Berhati-hari dalam berkawan, berhati-hati dalam membuat keputusan, dan banyak lagi. tidak semestinya orang yang rapat dengan kita boleh dipercayai. kadang-kadang kawan pon makan kawan, ayah makan anak, abang makan adik... itu sudah biasa berlaku dalam dunia kita hari ini. jika difikir-fikir balik, terlalu besar gejala yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ni. sangat menakutkan..

panjang pulak along fikir petang nie.. hehe.. apa-apa pon, sebagai seorang yang diberikan akal dan kebijaksaan untuk berfikir.. sama-samalah kita renungkan apa yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini. semoga apa yg ditulis memberi sedikit kesan kepada sang pembaca. dan untuk membuat sesuatu pemilihan, Allah sudah berikan kita cara untuk mencari petunjukNya... buatlah istikarah... InsyaAllah kita akan mendapat petunjuk yang terbaik.